Lip Matte Wajib Dimiliki Wanita Bibir Kering & Hitam | LLavender
Lip Matte Wajib Dimiliki Wanita Bibir Kering & Hitam
“Bestnya kalau bibir cerah. Pakai lipgloss je pun dah cantik. Nak keluar rumah pun senang. Lipstick susah nak cari yang sesuai sebab bibir hitam. Bibir pulak kering sangat nak pakai lip matte. Nanti nampak sangat kulit bibir terkopak”
Pernah tak rasa macam ni? Jangan
risau, setiap masalah ada penyelesaiannya.
Sebelum Fiqa kongsikan lip matte yang
wajib dimiliki wanita bibir kering dan hitam, jom! Kenal pasti punca dan
cara-cara untuk merawat bibir agar lembap dan merah.
Kita betulkan yang asas dahulu, supaya
kulit bibir kekal sihat dan lembap lebih lama. Gitu~~
Bibir hitam dan kering terjadi kerana
beberapa faktor. Antaranya, penggunaan kosmetik yang tidak berkualiti,
hyperpigmentasi dari pendedahan terhadap sinaran matahari secara berlebihan,
pengambilan kafein yang terlalu tinggi, merokok dan tindakbalas allergy
terhadap bahan-bahan di dalam kosmetik atau skincare.
Jom kita lihat pula cara untuk
memerahkan bibir secara semulajadi. Tak perlu berbelanja besar kerana
anda mungkin sudah mempunyai bahan-bahan ini di rumah!
1. Ubat Gigi - Caranya, oleskan sedikit ubat gigi ke
bibir dan gosok lembut dengan berus gigi dan bilas. Proses ini membantu
membuang sel kulit mati di bibir untuk menggalakkan penghasilan bibir baru yang
lebih muda. Dah alang-alang menggosok gigi, gosoklah sekali
bibirnya. 2-dalam-1 gitu. Mudah, bukan?
2.
Gula - Selain gentle exfoliation dengan ubat gigi, anda boleh juga
menggunakan gula. Perasan tak produk untuk scrub bibir yang dijual diluar
sana menjadikan gula antara ramuan utama? Mengapa harus beli kalau boleh
buat sendiri? Caranya mudah sahaja: campurkan sedikit gula dan vaseline dan urut
dengan lembut secara membulat. Bilas apabila sudah kering.
Nota
kaki: gantikan vaseline dengan sedikit air suam jika tiada vaseline.
3.
Madu dan
Lemon - Gabungan Vitamin C daripada lemon
dan khasiat anti-penuaan dari madu sangat bermanfaat agar kulit kelihatan awet
muda termasuk di bibir. Caranya, campurkan sedikit madu dan jus perahan
lemon. Oleskan di bibir dan biar
semalaman.
4.
Mentega - Tiada madu atau lemon? Tak mengapa! Mentega juga dapat memberikan kesan yang
sama. Hanya oleskan mentega pada bibir dan biar semalaman untuk bibir
lebih lembap dan merah.
5.
Air - Jangan lupa minum air secukupnya untuk membantu penghidratan agar
bibir kekal lembap. Ia juga boleh membantu mempercepatkan hasil
petua-petua di atas.
BONUS: Kulit anda pun tampak lebih cantik bila terhidrat.
Tips Memilih Lip Matte Untuk Bibir Kering & Hitam
![]() |
Lip Matte Mary Jardin Code 01 |
Tipsnya simple sahaja. Pastikan bahan-bahan lipmatte mengandungi pelembap dari sumber-sumber halal untuk merawat bibir kering dan mengandungi vitamin E untuk mengurangkan pigmentasi dan mencerahkan bibir hitam.
Kerana bibir lembap akan menjadikan
bibir anda tampak lebih sihat, lembap dan cerah!
Lip Matte Natural Yang Wajib Dimiliki Wanita Bibir Kering & Hitam
(Kenapa Lip Matte Mary Jardin
Sangat Best dan Istimewa?)
1.
LIP MATTE
MARY JARDIN MENGANDUNGI MINYAK PREMIUM
2.
LIP MATTE
MARY JARDIN MENGANDUNGI PELEMBAP SEMULAJADI
3.
LIP MATTE
MARY JARDIN TIDAK MENGANDUNGI SUMBER HAIWAN (animal-cruelty free!)
4.
LIP MATTE
MARY JARDIN TIDAK MEREKAH
5.
LIP MATTE
MARY JARDIN TIDAK MENGANDUNGI PLUMBUM DAN MUDAH DITANGGALKAN
Setiap bahan-bahan di dalam lip matte
Mary Jardin ini diformulasikan sendiri oleh pengasas Mary Jardin, Dr. Maryam
Aziz. Bahan-bahan dipilih teliti berdasarkan maklumat dari badan berautoriti
antarabangsa seperti CIR (Cosmetic Ingredient Review) dan FDA (Food & Drug
Authority) agar setanding dengan jenama antarabangsa tetapi mampu dimiliki
dengan harga tersangat mampu milik.
Best, bukan?
Apalagi? Jom tampil yakin dengan natural-based
lip matte sambil merawat dan memerahkan bibir secara semulajadi! Klik Whatsapp link
di bawah SEGERA untuk pre-order dan pembelian sebelum stok habis!
***Untuk setiap pembelian lipmatte sebelum
21 April 2018 HQ Mary Jardin akan menanggung GST sempena pelancaran lip matte Mary Jardin di KLCC
pada 21 April nanti!
Salam ceria,
Founder of Lusch Lavender
Mary Jardin Damansara, Selangor
Whatsapp: +6016-4301559
Email: luschlavender@gmail.com
Comments
Post a Comment
Kami ingin mendengar daripada anda. Beritahu kami apa yang anda fikirkan?