Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat & Berkesan | LLavender



Cara Hilangkan Parut Jerawat Dengan Cepat & Berkesan


Tahniah!  Anda telah berjaya menyelesaikan masalah kulit berjerawat.  Tapi kini yang tinggal adalah parut-parut jerawat yang masih degil!  Pelbagai usaha sudah dilakukan tapi masih belum menemui penyelesaian yang serasi dengan kulit anda sehingga menjadi penghalang untuk anda tampil yakin dihadapan rakan-rakan.


Pelbagai produk penjagaan wajah (skincare) juga sudah dicuba, tetapi masih tidak memberi kesan yang memuaskan.  Kadang-kadang terasa buntu dan putus asa untuk mencari penyelesaian. Jika anda masih tercari-cari penyelesaiannya, teruskan membaca.  Mungkin tips-tips menghilangkan parut jerawat yang degil dengan cepat dan berkesan dibawah menjadi penyelesaian yang paling serasi untuk kulit anda.


Mengapa jerawat meninggalkan parut?

Sebelum saya kongsikan tips-tips menghilangkan parut jerawat dengan cepat dan berkesan, mari fahami dahulu bagaimana parut jerawat boleh terjadi.


Parut hitam:  Parut hitam terjadi apabila terdapat kecederaan atau jangkitan yang menyebabkan tindak balas di dalam kulit.  Apabila ini berlaku, sel-sel melanocytes akan meningkatkan pengeluaran melanin. Melanin ini memberikan warna kepada kulit, mata dan rambut kita.  Apabila terlalu banyak melanin, ia akan keluar di atas permukaan kulit menyebabkan tompokan-tompokan gelap parut hitam di muka.


Parut berlubang:  Parut berlubang terjadi disebabkan faktor semulajadi badan kita untuk memulihkan kulit.  Pori yang tersumbat disebabkan oleh lebihan sebum dan sel-sel kulit mati akan menyebabkan bakteria membiak sehingga menyebabkan jerawat pecah.  Kulit kita akan bertindak balas dan membaiki kulit yang pecah dengan membina collagen baru. Parut yang timbul adalah disebabkan pengeluaran kolagen yang berlebihan.  Parut yang berlubang pula adalah disebabkan pengeluaran collagen yang tidak mencukupi.


Cara Menghilangkan Bekas Jerawat Hitam dan Berlubang dengan Cepat dan Berkesan Pada Wajah Secara Alami Semulajadi


Terdapat pelbagai produk di luar yang boleh membantu menghilangkan parut jerawat.  Tetapi kebanyakan mengandungi bahan-bahan yang berbunyi asing dan mungkin juga mengandungi kimia berbahaya.  Sebelum membeli mana-mana produk, baca dahulu bahan-bahannya.


Jadi, cara yang terbaik sudah pasti menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk menghilangkan bekas jerawat hitam dan berlubang secara alami.  


Sudah faham bagaimana parut jerawat terjadi?  Jom kita baca pula bahan-bahan yang boleh memudarkan dan menghilang parut jerawat dengan cepat dan berkesan.

1. LEMON

Cara+Hilangkan+Parut+Jerawat+Dengan+Cepat+Dan+Berkesan-1

Lemon terkenal dengan sifatnya yang mencerahkan kulit secara semulajadi.  Kandungan Vitamin C yang padat juga dapat membantu pembinaan collagen di wajah untuk membantu mencerahkan parut hitam and memulihkan parut berlubang.

Cara-cara:  Perah sebiji lemon.  Dengan menggunakan tangan atau kapas muka, dap dap jus lemon yang diperah tadi ke muka.  Biar 10-15 minit dan bilas dengan air suam.

Tips rahsia:  Jika ada aloe vera, boleh dicampurkan sekali dengan perahan jus lemon untuk kesan lebih baik kerana aloe vera bersifat anti-radang.


2. KAYU MANIS DAN MADU

Cara+Hilangkan+Parut+Jerawat+Dengan+Cepat+Dan+Berkesan-2

Kayu manis boleh mengurangkan kemerahan jerawat di muka dan membantu membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat.  Madu adalah pelembap semulajadi dan mempunyai sifat anti bakteria yang melindungi kulit dari jangkitan kuman sambil merawat kulit.

Cara-cara:  Campur 1 sudu teh kayu manis + 2 sudu teh madu.  Sapukan ke muka dan biar kering selama 10-15 minit.  Bilas dengan air suam.


3. TEH HIJAU

Cara+Hilangkan+Parut+Jerawat+Dengan+Cepat+Dan+Berkesan-3

Teh hijau sangat kaya dengan antioxidant untuk memelihara kulit dari radikal bebas dan membantu kulit kelihatan muda.  Selain itu, ia juga kaya dengan kandungan anti-bakteria untuk membunuh kuman-kuman yang menyebabkan parut jerawat.

Cara-cara:  Rendam 1 uncang teh hijau di dalam secawan air panas selama 15-20 minit.  Biarkan sejuk. Ambil hampas teh dan ratakan ke muka. Biar 10-15 minit. Kemudian, bilas muka dengan air teh tadi.


4.  LAVENDER OIL

Cara+Hilangkan+Parut+Jerawat+Dengan+Cepat+Dan+Berkesan-4

Selain mempunyai aroma yang sangat menenangkan, lavender oil juga bersifat anti-bakteria yang dapat membantu memulihkan kulit dari parut dan menyuburkan kulit.  

Cara-cara:  Lavender oil bersifat sangat lembut. Jadi ia boleh terus di “dap dap” di muka dengan menggunakan kapas atau tangan bersih.


Jika anda mempunyai kekangan masa dan inginkan kesan yang lebih cepat, boleh cuba Collagen Serum Mary Jardin dengan SPF30.  Bahan-bahan yang telah saya kongsikan di atas juga terkandung di dalam collagen serum ini. Serum yang diformulasikan oleh doktor bertauliah ini mempunyai kelulusan KKM dan dijamin halal khas untuk membantu memudarkan parut jerawat hitam dan berlubang.  
Cara+Hilangkan+Parut+Jerawat+Dengan+Cepat+Dan+Berkesan+LuschLavender+Mary+Jardin+Collagen+Serum


Selamat mencuba!  Jika anda rasa entri ini bermanfaat buat anda boleh share kepada kawan-kawan anda.

Pembelian Mudah dan Cepat!

Dapatkan Mary Jardin anda sekarang dengan klik link ini untuk pembelian cepat dan mudah!

Tak mahu terlepas info-info kecantikan?  Jangan lupa klik butang FOLLOW dan set SEE FIRST di FB Fiqa untuk perkongsian terkini dan tips eksklusif bisnes! 


Salam ceria,
Founder of Lusch Lavender
Mary Jardin Damansara, Selangor & Kuching, Sarawak
Whatsapp: +6011-54016990

Comments

Popular Posts