Natural Makeup Products Mary Jardin Artisan Cosmetic | LLavender


Natural Makeup Products Mary Jardin Artisan Cosmetic


natural+makeup+products+mary+jardin+artisan+cosmetic+1



Launching Natural Makeup Products Mary Jardin Artisan Cosmetic

natural+makeup+products+mary+jardin+artisan+cosmetic+2


Tanggal 24 Mac 2018 lalu, Mary Jardin telah merasmikan pelancaran rangkaian produk kelima dibawah jenama Mary Jardin, iaitu rangkaian make up Mary Jardin yang berasaskan bahan semulajadi.

Selain pasangan suami isteri pengasas Mary Jardin, Dr Maryam Aziz dan Dr. Athiq, majlis ini turut dihadiri oleh artis jemputan khas, Wawa Zainal, MUA profesional antarabangsa, Shazreeyana Shukri, dan duta rasmi Mary Jardin Artisan Cosmetic, Farah Lee untuk memeriahkan suasana.  Rakan media seperti Utusan Online, Sinar Harian dan RTM turut hadir memeriahkan majlis dan membuat liputan pada hari pelancaran.

Produk Kosmetik Halal, Mesra Wudhu, Bebas Bahan Kimia Berbahaya

Dua produk pertama yang dilancarkan pada majlis ini ialah Foundation dan BB Cushion.  Kedua-duanya produk ini didatangkan dengan dua tona warna iaitu natural  dan light.

Bahan-bahan di dalam rangkaian produk #MJAC atau #MaryJardinArtisanCosmetic ini dirumus khas dan mengamalkan konsep NO Nasties supaya bebas bahan kimia berbahaya.  Rumusan di dalam MJAC juga tidak mengandungi bahan haram/najis menjadikan ia produk HALAL dan mesra wudhu.  Tetapi, sebagai wanita muslimah, kita juga harus pastikan segala makeup telah ditanggalkan dengan sepenuhnya sebelum berwudhu agar amalan solat kita terpelihara.  


Produk tempatan bertaraf global; 1,000 set habis terjual dalam 2 hari pelancaran!

MJAC memiliki tekstur yang bebas minyak, sangat ringan, lembut dan tidak bercapuk menjadikan hasilnya tidak melekit atau bercapuk.  Bahan premium dari sumber semulajadi memastikan kulit terpelihara sepanjang pemakaian dan juga sesuai untuk semua jenis kulit. 

Pada yang sudah biasa menggunakan produk organik dan natural, sudah tentu dapat merasakan kelainan pada MJAC, sehingga ada yang berpendapat ianya setanding dengan produk antarabangsa!  Maka tidak hairanlah jika semua Foundation dan BB Cusion MJAC habis terjual hanya dalam 2 hari pelancaran!


Simple No-Makeup Makeup Tutorial MUA Workshop bersama Shazreeyana Shukri dan FREE Lipmatte DIY!

Sempena Launching Natural Makeup Tutorial Products Mary Jardin Artisan Cosmetic Mary Jardin turut mengadakan Simple No-Makeup Makeup Tutorial MUA Workshop bersama Shazreeyana Shukri.

Siapa tak kenal Shazreeyana Shukri, International Professional Makeup Artist yang juga dikenali sebagai Kak Love?  Bagi yang mengenali jenama-jenama besar antarabangsa, anda sudah pasti mengenali YSL, Fenty Beauty by Rihanna, Urban Decay dan Loccitane, bukan?  Hasil karya MUA Shazreeyana Shukri, atau Kak Love, ini diiktiraf oleh jenama-jenama besar ini sehingga Kak Love pernah dijemput khas untuk majlis-majlis khas mereka!  Kak Love juga pernah dipanggil pengantin-pengantin dari luarnegara untuk menghiasi wajah mereka pada hari istimewa mereka!

Dengan bakat Kak Love yang diiktiraf ke peringkat antarabangsa, harga MUA Workshop beliau sangat la mahal diluar sana.  Tetapi, KHAS untuk pelancaran #MJAC ini, Mary Jardin bawakan dengan harga yang sangat murah agar anda benar-benar dapat mempelajari teknik-teknik betul untuk meningkatkan keserian wajah asli anda dengan makeup natural dan simple.  

Selain mendapat sentuhan personal dari Kak Love, peserta yang hadir juga membawa pulang goodie bag berbentuk lipmatte yang dibancuh sendiri (DIY)!  Lipmatte DIY ini juga bersempena teaser pelancaran Lipmatte #MJAC yang bakal berlangsung21 April 2018 akan datang!


Jika anda ingin dapatkan set makeup #MaryJardinArtisanCosmetic, Whatsapp terus ke nombor yang tertera di bawah.  


Salam ceria,
Founder of Lusch Lavender
Mary Jardin Damansara, Selangor
Whatsapp: +6016-4301559


Comments