Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari Neelofa & Zul Ariffin | LLavender
Drama Ti Amo Sweetheart 100 Hari Neelofa & Zul Ariffin | LLavender
Sempena Hari Raya Aidilfitri lalu Astro Ria menayangkan sebuah drama adaptasi novel karya Suri Ryana.
Kalau anda peminat Neelofa & Zul Ariffin, wajib tonton drama arahan
pengarah berbakat Micheal Ang
ini.
Fiqa kongsikan synopsis ringkas di
bawah.
Sinopsis Ti Amo Sweethert 100 Hari:
Gandingan Neelofa, Zul Ariffin & Scha Alyahya
Drama ini mengisahkan kesabaran dan cinta seorang isteri bernama
Malissa, seorang wanita yang berasal dari keluarga biasa-biasa tanpa darjat.
Ditinggalkan oleh suaminya secara tiba-tiba setelah setahun mendirikan rumah
tangga. Paling malang, suaminya,
Iskandar turut membawa lari anak mereka, Dina, tanpa jejak selama 2 tahun.
Pelbagai usaha dilakukan Malissa untuk mencari suaminya kembali demi
mendapatkan sebuah penjelasan. Suatu hari, Malissa mendapat maklumat yang
suaminya, Isaac Iskandar berada di Rome, Italy.
Satu insiden di rumah Iskandar menemukan Malissa kembali dengan anaknya,
Dina. Dina mengalami kemurungan yang
amat teruk sehingga Iskandar membuat satu tawaran kepada Malissa agar menjadi
“babysitter” Dina sehinggalah perkhidmatannya tidak diperlukan lagi.
Kebenaran terbongkar bagi Malissa ketika menjadi “babysitter”
Dina. Namun hatinya sudah hancur lumat
dan terlalu sukar baginya untuk memberikan peluang kedua kepada Iskandar. Pada masa yang sama, Iskandar juga bertemu
kebenaran di sebuah café terpencil.
+ Apakah kebenaran itu?
+ Berjayakah Iskandar memenangi hati Malissa kembali?
+ Siapakah dalang disebalik fitnah yang menjadi punca perpisahan
Malissa dan Iskandar?
+ Masih adakah cinta dipertemuan kedua?
Menarik bukan? Jom kita tonton
teaser drama ini.
Penaja Utama Drama: Mary Jardin Artisan Cosmetic
“Ehh look! Your make up brand on TV ad!”
Itulah mesej yang Fiqa dapat dari adik
yang juga sempat menonton drama ini. Fiqa
pun turut sama teruja bila iklan Mary Jardin turut keluar di kaca tv. Bangga menjadi sebahagian daripada keluarga Mary Jardin.
Bermula dari zero-cost marketing di awal
penubuhan pada 2016 hingga 2017, kini mengorak langkah ke intergrated
marketing. Kalau dulu mula beriklan di radio IKIM, kemudian iklan di TV
AlHijrah dan terus terbang tinggi di langit biru di majalah AirAsia. Kini menjadi penaja utama drama tempatan.
Selangkah demi selangkah melebarkan sayap bagi merealisasikan impian setiap wanita untuk memiliki kulit sihat pada harga mampu milik.
Every Woman’s Dream.
Tak mahu terlepas info-info kecantikan? Ingin ketahui info lanjut rangkaian produk Mary Jardin? Jangan lupa klik butang FOLLOW dan set SEE FIRST di FB Fiqa untuk perkongsian terkini dan tips eksklusif bisnes!
Salam ceria,
Founder of Lusch Lavender
Mary Jardin Damansara, Selangor & Kuching, Sarawak
Whatsapp: +6016-4301559
Email: luschlavender@gmail.com
x
Comments
Post a Comment
Kami ingin mendengar daripada anda. Beritahu kami apa yang anda fikirkan?