Menghilangkan Jerawat Merah, Kulit Sensitif Berminyak | LLavender


Menghilangkan Jerawat Merah, Kulit Sensitif Berminyak

Jerawat Merah, Kulit Sensitif Dan Berminyak

Faham tak perasaan bila tengok cermin, bila pandang cermin sambil belek-belek muka, nampak muka yang berjerawat dan berparut.  Kadang-kadang tak perlu belek-belek wajah, dah ada satu jerawat merah elok je bertapak di dahi. 

Dah pakai make up pun tak boleh nak sorok jerawat yang berlumba-lumba nak menonjolkan diri atau menyembunyikan parut jerawat hitam yang menjadi “penghuni setia” di muka.  Lebih menyedihkan, kalau jenis kulit sensitif, adakalanya, muka lebih teruk selepas menanggalkan makeup akibat pori tersumbat atau reaksi kulit pada bahan-bahan di dalam makeup.  

Fiqa antara yang bertuah dikurniakan kulit jenis berminyak, yang senang berjerawat merah, parut hitam peninggalan jerawat zaman purba dan berkulit sensitif.  

Siapa yang berkongsi masalah kulit yang sama dengan Fiqa mesti faham.  Kadang-kadang terasa down sangat.  Ada kalanya terasa keyakinan diri macam dihakis-hakis.  Tragis. 

PENCARIAN, PERCUBAAN:  Menghilangkan Masalah Jerawat, Berminyak dan Berkulit Sensitif

Disebabkan kulit yang kurang sempurna, Fiqa menjadi seorang yang suka mencuba-cuba skincare kerana impikan kulit yang bersih, bebas jerawat dan parut hitam, dan tanpa kusam.  Setiap kali mencuba akan berikan masa sekurang-kurangnya 6 bulan sehingga setahun untuk melihat perbezaan pada kulit, jika ada. 

Bukan senang mencari skincare yang sesuai lebih-lebih lagi untuk yang berkulit sensitif macam Fiqa.  Fiqa memang suka membaca mengenai skincare dan trend-trend terkini. Baca sekadar suka-suka dan berkongsi ilmu dengan rakan-rakan terdekat. Suka juga mencuba-cuba skincare yang di drugstore dari yang murah sehinggalah yang mahal.  Sebelum mencuba mana-mana skincare, Fiqa akan buat research terlebih dahulu untuk pastikan tiada bahan-bahan terlarang.  Tapi akhirnya ia berlalu begitu sahaja tanpa sebarang perubahan pada kulit.  

Skincare yang paling lama Fiqa pernah guna adalah pencuci muka dan toner dari satu brand ni selama 5 tahun.  Tetapi selepas melahirkan anak, mungkin akibat perubahan hormon, skincare tersebut tidak lagi memberikan kesan yang ingini.  

Tapi itu dulu.  

JODOH:  Pengalaman Penjagaan Produk Skincare Merawat Pipi Dan Wajah

Bertemu jodoh dengan Mary Jardin kerana suami.  Abang hadiahkan Basic Set sebagai hadiah hari jadi, mungkin sebab tak tahan tengok isterinya asyik godek-godek website research mengenai skincare trend terkini (haha!).  Mula-mula, Fiqa jatuh cinta pada packagingnya.  Packaging mewah persis jenama antarabangsa tapi sebenarnya dibuat dengan penuh kasih sayang di bumi Jitra, Kedah.  Skincare homemade dari doktor muslimah yang berpengalaman di dalam klinik dermatologi.  Sebelum menggunakan Mary Jardin, Fiqa buat research mengenai jenama Mary Jardin ni sebab tak pernah dengar dan nak pastikan betul-betul selamat.

Dua bulan selepas Abang hadiahkan barulah Fiqa mula menggunakan Basic Set Mary Jardin.  Itupun sebab nak tunggu habis berpantang to start fresh! 

(Mohon jangan ikut perangai ini.  Clay Mask, Face Soap, Face Oil Mary Jardin tidak mempunyai pengawet.  Jadi gunakan sebelum tarikh luput.)

Basic Set ni mengandungi Face Soap, Face Oil dan Clay Mask. Kali pertama menggunakannya terus jatuh cinta dengan haruman lavender yang menjadi bahan asas setiap produk.  Tenang dan lembut je.  Paling best, rutinnya amat mudah!  Hanya 2 langkah setiap hari dan diikuti dengan clay mask setiap minggu.  Sesuai sangat untuk wanita sibuk, berkerjaya yang juga seorang ibu untuk anak kecil.

Fiqa kongsikan rutin penjagaan Fiqa dengan Mary Jardin Basic Set ni untuk kulit berjerawat, sensitif, berminyak:
  1. Face Soap - Fiqa akan cucikan muka 2 kali sehari (pagi dan malam)
  2. Face Oil - Disebabkan kulit Fiqa jenis berminyak, Fiqa hanya titiskan 1-2 titik face oil ke tapak tangan yang bersih dan dap dap di muka.
  3. Clay Mask - Fiqa hanya gunakan sekali seminggu.  Kulit terasa ringan dan bersih!  Kusam pun hilang!
Nota penting: Rutin penjagaan adalah berbeza mengikut jenis kulit.  

PERUBAHAN YANG DINANTI:  Mary Jardin Face Oil Testimoni Review

Pada mulanya agak kekok kerana belum biasa dengan menggunakan Face Oil.  Ye lah, muka sudah tersedia berminyak, takut nanti lagi berminyak selepas menggunakan Face Oil.  Ternyata sangkaan Fiqa salah!  And I’m glad I was wrong!  Kalau dahulu, tak sampai tengahari, kulit dah berkilat dek wajah yang berminyak walaupun di dalam bilik berhawa dingin.  Kini, minyak di muka lebih terkawal dan lebih lembap!  Paling best, jerawat pun dah berkurangan!  Jerawat sekali-sekala tu normal akibat perubahan hormon atau pemakanan tidak terjaga.  

Kulit pun lebih cerah berseri tanpa kusam penangan gentle exfoliation dari Face Soap dan Clay Mask yang mencuci pori dan menanggalkan sel-sel kulit mati.  Bila kulit bersih, lebih senang untuk menyerap segala manfaat dan kebaikan dari Face Oil.  Jadi kesan pun terasa lebih cepat.

Dan yang paling BEST…

Suami pun perasan ada perubahan di muka Fiqa.  Siap puji muka dah makin bersih berseri.  Jerawat pun jarang keluar.  Fiqa amat bersyukur dijodohkan dengan skincare Mary Jardin.  Alhamdulillah.  Perubahan yang memakan masa, tapi insyaAllah selamat dengan bahan-bahan semulajadi bebas kimia berbahaya.  Harga juga berpatutan kerana bahan-bahan digunakan sangat premium.  Fiqa berharap anda juga berpeluang menikmati dan mencuba skincare Mary Jardin ini.  

Tak mahu terlepas info-info kecantikan?  Jangan lupa klik butang FOLLOW dan set SEE FIRST di FB Fiqa untuk perkongsian terkini dan tips eksklusif bisnes! 

Salam ceria,
Founder of Lusch Lavender
Mary Jardin Damansara, Selangor & Kuching, Sarawak
Whatsapp: +6016-4301559


Comments